Saturday, January 28

Aircon tak cukup sejuk?

aircon_kereta_problem


Aircon tak cukup sejuk biasanya berlaku kepada kereta-kereta yang diimport sepenuhnya (CBU), biasa hadapi pekara sebegini? Tiada kerosakan sebenarnya kerana suhu aircon di kawal oleh satu suis yang mengawal 'ON'  dan 'OFF' aircon kereta secara automatik. Minta pakar melaraskan suis ini supaya aircon 'ON' lebih lama.
Perbezaan setting kerana aircon kereta diset untuk pasaran lain, mungkin tempat tu dah sejuk kut!

"Flushing" sistem aircon secara berkala adalah yang terbaik 
kerana seperti sistem enjin, minyak kompressor aircon juga perlu ditukar. 
Tanya kami bagaimana! 

Sunday, January 8

Aircon kereta problem?

Aircon anda bermasalah sekiranya salah satu pekara berikut berlaku......

  • cooling coil bocor
  • condensor bocor
  • compressor rosak
  • bearing compressor rosak
  • minyak compressor kering
  • compressor belting putus
  • thermostat problem(dekat panel dashboard)
  • gas kurang
  • filter sumbat
  • angin tak kuat-cooling coil kotor (habuk dah tebal)

Adakah bila kereta bergerak, aircond sejuk berhenti kat traffic light, aircon suam-suam kuku...
Itu tandanya compressor dah nak melingkup la tu.... hah duit lagi!

Bila pegi kedai aircon memang kena cing lah kalau anda tidak tahu pasal a/cond ni, tambahan pula bila tiada kejujuran peniaga.....

Biasanya bila orang gi kedai dia akan tanya tolong cek wa punya gas sudah abis la..... tapi banyak lagi alat lain yang mungkin rosak.... first round isi semula gas dulu, bila dua tiga hari dah x sejuk semula, gi semula alahai condenser pulak... abis beberapa round kekadang tak selesai gak... last-last tukar kompressor! Berapa banyak dah abis tu....  

Pernah alami situasi macam ni?


Lagi sumber maklumat mengenai kereta.

Friday, January 6

Sistem pendingin hawa kereta

Sistem pendingin hawa kereta (air-cond) berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh compressor. Gas ini akan mengalir melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator kondenser yang akan menyejukkan gas tersebut. Begitulah secara asasnya bagaimana pendingin hawa kereta berfungsi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana sistem ini berfungsi, klik disini.
aircond_problem